May 12, 2010 - Posted by sitihajar - 0 Comments
Aku dh lama dgr psl i-City ni.Kwn2 pn ramai yg bercerita.So, aku pn jadi teruja nk pegi & tgk sendiri ape yg best kt sana.Lps dh bbrapa kali ckp kt hubby, dia pun bwk aku & anak2 ke sana mggu lps.
Smpai je kat sana, anak2 mcm confuse skit sbb diorg pelik tgk tmpt ape yg byk sgt lampu tu.Mcm2 bntuk plk tu.Tp yg pasti, diorg mmg seronok la.Tmpat tu mmg menarik.Ramai betul org kt situ w/pun hari biasa.Patut la kwn2 aku ckp klu hjg minggu padat gila & nk parking pn susah.

X dpt tgk penguin betul, penguin lampu pn jadi la…

pokok limau

mcm dlm fairy tales kan…

seronoknya bdk2 ni…
Kalau sesape blum prnah pegi, try la pegi.Mmg xde ape yg special tp klu nk bersantai2 sambil menggembirakan anak2, dtg la ke sini.Masuk free, parking pn free.
April 27, 2010 - Posted by sitihajar - 1 Comment
Lama jgk aku x usik blog ni.Aku nk story psl pengalaman pertama Ammar menyertai acara sukan.Hr Ahad lps, tadika tmpt Ammar belajar buat Hari Sukan.Aku & suami pn dtg utk beri sokongan kpd Ammar.Maklum la…first time.Excited tu…
Aku pn tak tau apa acara yg Ammar masuk sbb cikgu dia x maklumkan pun.Masa dtg hari tu la br aku tau dia masuk acara meniti batu bata & isi guli dlm tin.Kiranya acara sukaneka la.Aku nk sgt tgk sejauh mana potensi Ammar dlm bidang sukan ni.Tp sebenarnya x bole nk tgk sgt pun sbb bkn ada acara larian @ olahraga pun.Kalau ikut sejarah ayah dia (Encik Romzi Yusoff) mmg aktif dlm sukan, especially olahraga & larian jarak jauh.Sampai peringkat negeri pun pernah.Atlet sekolah la katakan…(tu yg dulu ramai awek nk melekat tu..)hehehe…Tp Ummi dia ni pun hebat jgk dulu (perasan).Time sekolah rendah je la.Mmg selalu tersenarai dlm peserta larian & olahraga jgk walaupun cuma peringkat sekolah je.
Berbalik pd cerita Ammar td…mula2 ada acara perbarisan.Ammar rumah hijau, tema alam semulajadi.Semua atlet dipakaikan topi yg ada daun2 ni.

Tgk la atlet2 rmh Hijau ni…

Mula2 kena baca doa dulu…menarik sbb doa tu dibaca dlm 3 bahasa ( Melayu, English & Arabic).

Then, ada senamrobik.Time ni yg paling kelakar sbb bdk2 tu buat gerakan berterabur.Pastu ada yg tersipu2 malu bila mak ayah tgk.

Selesai semua tu, acara pun bermula.Mula2 acara jalan sambil meniti batu-bata.Ammar x fokus bila jln sbb dia asyik pandang kt aku & adik dia yg tgk kt tepi padang tu.Lambat la jadinya.Tp dapat jgk naib johan.

Lps tu, acara isi guli dlm tin.Dia dpt no. 3

Dh penat bersukan…dtg menepek kt Ummi dia pulak…

Sampai la masa yg ditunggu2.Penyampaian hadiah.Ammar dpt 2 medal…perak & gangsa


Sukanya dia…
Rumah Hijau jgk dpt johan perbarisan.Tp juara keseluruhan dpt kt rumah Merah.
Walaupun Ammar x dpt pingat emas, tp aku ttp berbangga sbb dia berani.Aku risau jgk bila tgk ada bbrapa org budak dh mula buat hal x nak masuk acara.Sian cikgu diorang kelam kabut carik pengganti.Alhamdulillah, Ammar cool je smpai acara tamat.Lps tu, x sbr2 nk balik rumah nenek dia sbb nak menunjuk medal yg dia dpt.
April 5, 2010 - Posted by sitihajar - 1 Comment
Sejak Litar Sepang siap & digunakan thn 1999 ( 11 thn), aku tak pernah jejakkan kaki kt situ walaupun rumah mak aku (Kg Bukit Changgang) cuma 15 minit prjalanan drpd situ.Ye la…aku x minat pun lumba kereta, apatah lg nk abiskan duit beratus2 utk beli tiket.
Tp, buat pertama kalinya, Jumaat lps aku dpt peluang ke sana.Itu pun hasil belas ihsan & kesudian suamiku yg ajak aku & anak2 tgk ujian masa ptg tu.Itu pun sbb ptg tu x kena bayar.Free Of Charge.Sepatutnya dia nk pegi sendiri (setahu aku dia pn x minat, cuma dia minat nk ambik gmbr kereta je).Tapi aku yg nk sgt ikut.Last2, suami aku mengalah.Dia bwk jgk aku & anak2.
Nak dijadikan cerita, suami aku ingat ujian masa tu start pukul 3.30.So, kami plan pegi lps solat Jumaat. (Actually, aku gerak dr Shah Alam.Makan masa 30 minit jgk la).Tup2, dpt tau sbnrnya ujian masa abis pkl 3.30.Apalagi, kami pn rush la ke litar pkl 2.30.Ambik anak2 kt taska, then terus pegi.Sampai kt parking, lbh krg pkl 3.05.Kawan suami aku, Nazer & isterinya Shuhada pn join sekali.Nak jln masuk dlm punya la jauh.Ada la dlm 15 minit berjalan kaki.Lenguh rasanya.

Pintu masuk Sepang Circuit
Sampai kt tempat duduk betul2 dpn pit stop, dh tinggal 1 lap je.Kecewa jgk, tp nasib baik la sempat jgk tgk kereta tu.Laju betul.Yg paling tak tahan, dh tentu la bunyinya.Berdesing telinga aku.Itu br ujian masa.Kereta jalan sebijik2.Kalau waktu race sebenar, aku x tau la camne derumannya.Aku rasa klu x pakai ear plug bole pecah gegendang telinga.
Bila semua kereta tu dh masuk pit, ada pertunjukan akrobatik jet pulak.4 buah semuanya.Jet tu pun bunyinya kuat.Aku siap tutup telinga.Aku ingat Ammar & Adiff takut, rupanya diorang suka.Siap sorak2 lagi.Rasa risau pun ada jgk.Jet tu terbang rendah.Aku dok bayangkan, cmne la klu tiba2 jet tu terhempas @ langgar bumbung tempat ddk kt situ.Nauzubillah…tp akhirnya semuanya berjalan lancar.

Bunyi jet ni lbh kuat drpd bunyi kereta F1

Tengok Adiff tu…siap buat gaya mcm jet terbang
Tiba2, hujan lebat la plk.Kitorg pn lepak la sambil tgk pomen2 kereta F1 tgh buat keja diorg dlm pit tu.Bdk2 plk dh mula bising ajak balik.Bdk2 tu lapar la tu.Nak beli makanan kt situ, takuuuuut.Sebijik burger harganya RM15.Gila!!!Duit ada tp rs membazir plk nk byr harga mcm tu.

Menunggu hujan teduh…

Pit stop kereta2 F1 (aku minat Hamilton..hehehe..)

Budak ni la yg plg happy!

Our happy Family
Lbh krg pkl 5, kitorg pn balik dlm keadaan yg masih gerimis.Rasa mcm x nak pegi lg tahun dpn.Tak larat nak menapak!!!
March 24, 2010 - Posted by sitihajar - 3 Comments
Sejak Ammar ke tadika hampir 2 bln, aku blum pernah cite tntg progress dia.Entry ni aku nk cite psl Ammar.Alhamdulillah…sejak hr pertama ke tadika, Ammar amat mudah diuruskan.Bangun pagi x meragam…suruh mandi senang & suruh bersiap pn mudah.Cuma kdg2 aku yg x sbr bila dia bergerak slow sgt awal2 pg tu.
Kat sekolah, Ammar belajar membaca Bahasa Melayu guna sistem fonetik.Nama buku yg diguna plk “Cahayaku”.Aku belek2 buku tu, mmg bagus la utk kenalkan anak dgn suku kata awal BM.Setakat ni Ammar baru smpai huruf “M” yg digabungkan dgn huruf vokal.Contohnya “ma” “me” “mi” “mo” “mu”.Dia baca setiap hari kt sekolah.Cikgu plk akan bg gred berdasarkan kelancaran dia membaca.Aku tgk klu hr 1st baca, biasanya dia dpt ‘B’.Lps tu baru la improve jd ‘B+’, then ‘A-’ dan sampai la dpt ‘A’.Lps tu br cikgu tukar stage yg seterusnya.

Buku BM
Untuk English plk, dia guna buku “Read & Easy”.Siap ada CD yg tunjuk cara mcmmana nk sebut perkataan dgn betul berdasarkan gambar.

Buku BI

Buku2 tadika Ammar
Cuma satu je mslh Ammar ni.Dia pelat.Susah betul dia nk sebut sesuatu prkataan dgn betul.Yg paling problem dh tentu la bila nk sebut perkataan dlm BI.Contohnya, CLOWN dia sebut ‘TON’…CAB dia sebut ‘TAB’.Huruf ‘S’ pn dia x bole sebut.Tp aku perhatikan makin lama ada improvement dr segi sebutan dia.Ok la tu…mgkn ambk masa sikit utk pulihkan pelatnya tu.
Ammar ni ada satu peel dia yg bagus…dia tak suka tangguhkan kerja dia.Selalu bila aku balik ngajar & ambik dia kt taska, blk rumah dia terus nk buat keja rumah dia.Yg masalahnya…aku.Kdg2 aku dh penat ngajar, blk rmh si Ammar plk desak2 aku suruh ajar dia buat kerja rmh dia tu.Aku la yg selalu hilang sabar bila dia merengek x tau cara nk buat.
Skrg ni, aku suka belikan dia buku latihan menulis & mewarna.Sbb dia akan buat smpai siap.Tak mcm dulu, sblm dia masuk tadika.Bila aku belikan buku, dia akan conteng2 x tentu hala.Tp skrg x lg…dia lebih tekun dgn kerja yg dia buat.Ptg td pn, lps ambik dia kt taska, ayah dia bwk ke Giant, beli buku.Sampai rumah, terus dia mengadap buku tu.



Aku harap Ammar akan terus bersemangat untuk belajar & mudah menerima setiap pengajaran yg disampaikan oleh cikgunya.Tiada ape yg diharapkan oleh ibu bapa melainkan ingin melihat anaknya berjaya di dunia & akhirat.Teruskan semangat Ammar ye…
March 15, 2010 - Posted by sitihajar - 2 Comments
Pantasnya ms berlalu…dh 2 bln aku jd warga SKTAM ni.Makin hr makin byk keja.Dgn murid2 yg saban hari timbulkan mslh & karenah.Kdg2 teruji jgk kesabaran aku ni.Mesti ada murid yg gelarkan aku “Singa”.Tp itulah asam garam tugas seorang guru.Dah ini jalan yg aku pulih.Aku kena la ikhlas jalankan amanah ni walau apepun rintangan yg menghalangi.
Kehidupan aku sekeluarga skrg ni dh makin ok.Kira dh makin stabil la.Rumah sewa yg sblm ni kosong pn, kami dh isikan sikit dgn brg baru.(bkn ape pun, freezer + katil + almari je)Takpe la, beli slow2.nnti lama2 byk la brg dlm rmh tu.
Anak2 plk dh makin serasi kt taska @ tadika.Ammar mmg xde mslh sejak mula.Adiff plk, skrg ni ayah dia hntr kt pagar je.dia boleh masuk sendiri.Siap babai & flying kiss lg.Pengasuh dia kata, dia pn suka berkawan skrg ni.Nama kwn2 dia pn dia dh bole ingat.Alhamdulillah diorang tak meragam kalau aku kejutkan awal pagi.Elok je mandi & bersiap.Terima kasih ye anak2 ku sbb memudahkan kerja Ummi di awal pagi.
Hubby aku plk, Alhmdulillah.Banyak job photography masuk sejak akhir2 ni.Murah la rezeki kami anak beranak.
1 Mac 2010 lps, genap umur hubby aku 29 thn.Selamat Hari Lahir Sayang…kitorg smbut jgk kecik2…

small & cute cake!!

besday boys???

special gift for my luvly hubby
Skrg ni aku tgh cuti seminggu.Byk keja & urusan tg perlu diselesaikan.Nk ambk transkrip exam kt IB, nk buat check-up utk surat lantikan, nak buat soalan ujian.InsyaAllah…sumenya akan dpt aku bereskan sblm abis cuti sekolah ni.
February 5, 2010 - Posted by sitihajar - 0 Comments
Kalau bbrp hr lps aku cite psl Ammar yg masuk tadika, kali ni aku nk cite psl anak ke 2 aku, Adiff yg start pegi taska hari Rabu lps.Adiff ni sjk kecik x pernah ddk dgn org lain selain nenek dia.Mmg manja la…tp disebabkan aku nk berhijrah ke S.Alam, terpaksa la jgk hntr dia ke taska.Aku pilih Taska Bintang Hatiku sbb taska ni dkt sgt dgn tadika Ammar.So, lps Ammar abis tadika pkl 12, dia akan transit kt taska tu la.Senang cite, x pyh byk2 tmpt.

Sejak mlm sblum aku hn tr dia, Adiff smgt betul bila kata nk hntr dia rmh kwn2.Pagi Rabu tu, kejut dia pkl 6 utk bersiap, dia ok je.Macam Ammar, Adiff ni pun ayah dia je yg hantar.Hubby aku ckp, smpai sana dia bwk Adiff main2 dulu kt tmpt mainan luar taska tu utk warming up.




Sampai masa, pengasuh kt taska bwk dia masuk.Dia cool je…




Tapi, bila ayah dia masuk keta, dia menangis la plk.Kesian kt dia.Tapi nk buat mcmmana, ayah & Ummi nak carik rezeki.Adik ddk la situ elok2.
Bila pikir2 blk, mmg sedih bila terpaksa tinggalkan anak kita dgn org lain.Diasuh & dididik oleh org yg kita x kenal & xde kena mengena dgn kita.Tapi, kadang2 kita trpaksa berkorban demi memastikan kelangsungan hidup kita.Hrp2 Adiff berkeadaan mcm tu cuma utk seminggu dua.Mgkn dia belum biasa.
February 1, 2010 - Posted by sitihajar - 0 Comments
Rasanya baru semalam aku bergelar ibu buat kali pertama..masih terbayang perit jerih membesarkan dia..tup2 hari ni Ammar dah mula ke tadika.Terharu…tp rasa terkilan sbb x dpt hantar dia kali pertama dia ke tadika.Sejak beberapa minggu lps aku & hubby survey tadika yg sesuai utk aku hntr Ammar belajar.Duduk Shah Alam ni x mcm kt kg.Tadika kerajaan diberi keutamaan kepada mereka yg berpendapatan rendah (mcm la gaji aku tinggi sgt).Nak tak nak, kena la carik tadika swasta.Survey punya survey, jmpa la Tadika Nur Ummi ni.

Tadika ni kt Putra Heights, lbh krg 5 minit perjalanan dr rumah sewa aku.Aku mmg dh pakat dgn hubby utk pilih tadika islamik utk Ammar.Biar dia dpt belajar dua2 sekali, dunia & akhirat.Aku tertarik dgn tadika ni sbb tadika ni pentingkan semua, B.Melayu, English, Arabic & Jawi.Dan yg membuat aku lbh berminat nak hantar dia ke sini sbb taska tempat aku nk hantar Adiff nnti (Taska Bintang Hatiku) letaknya sebaris dgn tadika ni.Jadi, senang la sikit aku & hubby nak uruskan mereka hr2.
So, pagi td bermula la episod baru dlm hidup Ammar.Seawal 6.00 pg Ammar dh bangun.Bagus anak Ummi ni, x nangis pn ms Ummi suruh mandi & bersiap.Lps hantar aku ke sekolah, hubby aku hntr Ammar ke tadika.Aku risau jgk klu Ammar menangis sbb dia ni manja sikit.Tp bila tengok dia excited sgt nak ke sekolah, aku relax skit.Lbh krg pkl 8, hubby SMS bgtau aku yg Ammar ok je ms dia tinggalkan kt tadika tu.Lega la skit hati aku.Ni gmbr2 Ammar pd hari pertama persekolahannya…

Lepak2 kjp smntara tggu kelas start

Kasut ni kena susun elok2

Ramainya kawan…

Masing2 x sabar nk balik

Kasut sekolahku yg pertama!

Eh,eh..nk ke mana tu Ammar?

Bakal intelek Islam…InsyaAllah…

Balik dulu ye..jumpa lg esok..
Tadi hubby bayar sekali yuran sekolah Ammar.Bayaran pendaftaran + alat tulis + buku2 + dll = RM800.Monthly = RM160.Geleng kepala abah bila dgr bayaran yuran Ammar.Tak dinafikan, zaman skrg ni, nk register anak ke tadika bayarannya mcm nk masuk U.Tapi xpe la, bagi aku, pd peringkat awal ni biar aku berhabis duit sikit, janji aku dpt sediakan yg terbaik utk pendidikan anak2.Klu kita nk yg terbaik, kita kena la berkorban kan…
Ammar…Ummi harap Ammar akan belajar sungguh2..jd insan yg berguna.Ammar akan jd contoh pd adik.Ummi sentiasa mendoakan yg terbaik buat Ammar.Hrp2 terus semangat nak pegi sekolah…
January 26, 2010 - Posted by sitihajar - 0 Comments
Dah lama jgk aku x menjengah blog aku ni.Mmg aku busy sgt akhir2 ni.Maklumlah…awal2 thn ni.Byk yg perlu diuruskan kt sekolah.lbh2 lg jd guru kelas.Hari ni genap 9 hari aku ngajar kt SKTAM.Aku masih dlm proses menyesuaikan diri lg ni.
Dlm kesibukan aku, sempat jugak aku buat sambutan besday Adiff yg ke 3 20hb yg lps.Happy Birthday sayang…sbnrnya tarikh lahir Adiff 19 Januari, tp disebabkan sbhgian ahli keluarga xde hr tu, so kena extend sehari.X msk2 ape2 pun..mkn kt luar.Mcm biasa…seafood.Terima kasih kpd Paman Shafiq sbb menaja mkn mlm sempena besday Adiff.


Lps abis makan, blk rumah plk utk potong kek.Excited betul Adiff dpt kek spiderman comel ni.



Sepupu Adiff, Nabil & Faris yg sama2 memeriahkan suasana
Dan sebagai hadiah besday Adiff kali ni, ummi & ayah bg teddy bear cute ni.Selalunya girl yg akan dpt hadiah cmni, tp aku saje belikan teddy bear tu sbg teman tido dia.Cute je tgk dia peluk bear tu..


Moga Adiff terus membesar dgn sihat & ceria.Ummi sayang adik sgt2..Mmmmuah..
January 15, 2010 - Posted by sitihajar - 1 Comment
Sejak mggu lps, hati aku x senang bila dpt tau yg sekolah tmpt aku mula2 posting tu terlebih guru.Tension pun ada…hr Rabu mggu lps, aku pegi PPD utk buat rayuan spya ditmptkan di sekolah yg brhampiran.Tp mengecewakan.Pegawai tu mcm marah sikit bila aku nk pilih sendiri sekolah.Aku bkn saje2…dh aku tau sekolah tu mmg kosong, so aku nk mudahkan keja diorang je.
So, aku pn biarkan je.Aku dh brtekad, nk tggu je PPD buat penempatan semula.W/pun aku tau ms yg diambik bknnya skjp.Mgkn 1 hgga 2 bln.Aku rs serabut sbb susah utk aku rancang hidup aku sehari2.Nak pikir carik rmh sewa, tadika anak, taska anak.Dlm ms yg sama, ramai kwn2 yg bermasalah mcm aku dah dpt penempatan br lps buat surat rayuan & jmpa dgn En. Fauzi di JPN.
Lps pikir byk kali, aku ambk keputusan nk cuba nasib.Ptg Selasa lps, aku pegi JPN.Aku berharap sgt dpt jmpa En. Fauzi tu spya aku bole cerita sndiri mslh aku.Tp, dia takde.Rasa frust sgt.Tp, aku bg je surat rayuan tu pd kakitangan kt kaunter tu.Lps tu aku tawakal je…dpt @ tak, biarlah Allah je yg tentukan.Aku siap ckp dgn suami aku, “Abang…ini usaha ayang yg terakhir.Klu xde respon jgk, tggu je la”.
Tak sangka plk ptg Rabu keesokannya, En. Fauzi call aku .Ms tu dh pkl 6.30.Dh abis office hour.Tp dia msh di pejabat & sdg meneliti surat rayuan aku.Yg bestnya, dia bgtau rayuan aku diluluskan.Dia siap suruh aku pilih sama ada nk SK Taman Alam Megah @ SK Seksyen 20.Aku pilih yg 1st, sbb dkt dgn ofis suami aku.So, dia suruh aku dtg hari Khamis utk ambik memo penempatan baru.Syukur…akhirnya rezeki aku di sini.Sbnrnya aku prnah jdi guru ganti kt situ thn 2006 dulu.
Pg td, aku lapor diri kt SKTAM.Sekolah tu x byk berubah.Aku jmpa blk dgn kwn2 yg prnah aku jmpa dulu.Aku akan start ngajar mggu dpn.Tahun 3.Moga aku akan jadi seorang pendidik yg bisa memanusiakan manusia.
January 10, 2010 - Posted by sitihajar - 0 Comments
Isnin minggu lps, 4 Januari 2010, aku melapor diri kt SK Alam Megah 3, Shah Alam.Aku smpai kt sekolah pkl 7.15 pg.Jalan mmg jem sgt2 sbb hr ni hari 1st sekolah.Dh tentu mak ayah sibuk hntr ank msg2 pegi sekolah.Hubby aku cuti hr ni sbb nk hntr aku.


Ada gaya cikgu tak?

Ni la SK Alam Megah 3

Aku terus ke pejabat utk jmpa guru besar tp guru besar tkde dlm ofis sbb dia sibuk pantau pendaftaran murid2.So, aku tggu kt situ dgn Siti Rawizah, sorang lg guru baru yg br nk melapor diri mcm aku.Lbh krg pkl 9, br dpt jmpa GB, Puan Zaini Baba.Dia seorang yg nmpk tegas tp boleh dibawa berbincang.Tp yg aku kecewa sikit ialah bila GB bgtau sekolah tu dh lbh guru.Dlm erti kata lain, dh xde tmpt utk aku & Rawizah.Mmg frust la jgk…x tau mcmmana proses yg PPD buat masa tentukan tmpt posting guru2.Patutnya teliti la betul2, sama ada sekolah tu betul2 kosong @ x.Tp buat smntara wktu ni, GB suruh kami stay kt situ smpai PPD bg tmpt posting yg baru.Yg aku lega sikit, bila GB ckp, proses gaji buat kt sekolah tu.Jd, xde la nnti gaji aku akan lmbt drpd org lain.
So, buat smntara wktu, aku mmg x dpt jadual khusus.Aku cuma diminta relief guru yg x hadir @ guru yg busy.Mmg byk relax la.Tp aku rasa serabut.Sblm ni dh plan nk pindah area ni.Nak hntr Ammar ke tadika & Adiff ke taska yg ada kt sini.Tp bila dh jd cmni, semua terpksa ditangguh.Yg paling susah tentulah suami aku.Spnjg mggu ni, dia hntr aku blk kul 2 & dia rush blk ke tmpt keja dia semula.
Ptg Selasa, aku ajak hubby aku ke PPD sbb aku nk tnya klu2 aku bole uruskan sendiri tempat aku nk posting nnti.Sbbnya, Kak Iza bgtau kt SK Bandar Puchong 2 kurang guru.Tp bila jmpa pegawai kt PPD tu, aku kecewa lg sbb pegawai tu suruh aku tggu je.Mgkn urusan akn makan masa sebulan @ lbh.Tensionnya aku…aku nk senangkan keja diorang, tp diorang nk susah jgk.Biar la…malas aku nk pikir lg.Mgkn ada hikmah aku dpt ujian mcm ni di awal2 karier aku ni.
Aku teruskan tugas di SKAM 3 mcm biasa.Guru2 pn dh ramai yg aku kenal.Kebanyakannya peramah & mesra.Takde la aku rasa terasing.Aku hrp tmpt posting aku yg baru nnti akan memudahkan urusan seharianku.
Tapi ntah bila aku bole tau…aku sendiri pun tak tau…